Forum pengguna

22 Ogos 2015

IMKL Kini Menjadi Tunjang Kepada Pendaftaran Lesen Memandu


Assalamualaikum dan salam sejahtera kami dari lesen memandu murah kini menjadi tunjang kepada pendaftaran untuk lesen memandu kereta dan menerajui pendaftaran tertinggi untuk lesen memandu ,Lesen Motor dan pengangkutan berat seperti BAS ,LORI dan perkhidmatan psv TEKSI dan BAS dan lesen GDL.





10 sebab pelajar baru terus memilih lesen memandu murah sebagai pilihan utama

1) Harga yang mesra pelajar
2) Proses daftar yang mudah dan cepat
3) Sentiasa memberi nasihat terbaik terutama kepada golongan pekerja dan pelajar yang kekurangan masa.
4) Memberi latihan terbaik,Buktinya 97% pelajar kami lulus ujian JPJ dengan teknik pembelajaran yang berkesan
5) Proses daftar yang telus.Anda bayar wang DEPOSIT pada hari kursus di pejabat kami.
6) Pusat latihan memandu yang sangat selesa dengan kemudahan air cond,surau dan atm berdekatan 
7) Ujian jalanraya anda hanya perlu fikir satu jalan berbanding tempat lain yang kadangkala perlu menghafal 3 arah jalanraya yang berbeza
8) Jalan yang dilalui semasa ujian jalanraya sangat mudah dan besar,tidak melalui jalan kampung,jalan kawasan perumahan dan kadangkala jalan dilalui lori2.Anda hanya melalui jalan bandar yang mempunyai 3 lane yang lurus kemudian U-turn.Mudah Bukan!
9) Masa belajar yang sangat fleksibel pada pelajar
10) Anda tidak perlu beratur dan untuk proses daftar,tempah masa belajar, mengambil lesen dan kami sedia sedia jemput di depan rumah anda!!






20 Ogos 2015

RANGKAIAN PRODUK PRODUK MUSLIM BEST GROUPS SILA DAPATKAN DIPASARAN


RANGKAIAN PRODUK PRODUK MUSLIM BEST GROUPS 
  1. SOS DAN KICAP. JENAMA MUSLIM BEST. (Terdapat di Hypermarket : Giant , Tesco, Mydin dan Carefour).

  • KICAP LEMAK MANIS 340GR, KICAP LEMAK MASIN 340GR, 
  • SOS SOTONG 340GR, SOS CILI 340GR, SOS TOMATO 340GR, SOS CILI MANIS 340GR, SOS TIRAM 340GR, SOS TIRAM 510GR, ORIGINAL BLACK PEPPER SAUCE 340GR & 500GR, EXTRA HOT BLACK PEPPER 340GR, CUKA MAKAN 340GR, PAPAYA SALSA SAUCE 340GR, PINEAPPLE SALSA SAUCE 340GR, MANGO SALSA SAUCE 340GR.  


    2.  FROZEN FOODS. JENAMA ZEE’S (Terdapat di Stokis – Stokis seluruh negara- Sila           SURF ‘NOTES ‘untuk dapatkan SENARAI STOKIST produk sejuk beku Muslim Best)           berdekatan anda. 
  • MURTABAK RAJA DAGING BLACK PEPPER 600GR, MURTABAK RAJA SARDINE 600GR, MURTABAK RAJA CHICKEN CURRY 600GR. MURTABAK RAJA AYAM BLACK PEPPER 600GR. 
  • POPIAH CENDAWAN BERKEJU, SAMOZA COKLAT PISANG ( BANANA SPLIT) DAN KARIPAP RINDU DAGING BLACK PEPPER. 
  • SATE KEBAB PERISA BLACK PEPPER, PEDAS DAN BERIANI. 3.KEREPEK UBI JENAMA MISTER TAPIOCA. ( Hanya untuk pasaran luar negara ). Untuk pasaran dalam negara melalui courier adalah RM 25.00 ( RM 15 PRODUK 


     3. UNITS DAN RM 10, COURIER CAJ). 
  • KEREPEK UBI 180 GR. PERISA : BLACK PEPPER , CURRY, CHICKEN, TOMATO SALSA, SALT N VINEGAR, ONION & SOUR CREAM, DAN BARBEQUE. * ORIGINAL 120 GR. 


    4.  COOKIES JENAMA MaHal ROYALE DELIGHT
        (KEUTAMAAN SEMASA HARI PERAYAAN). 
  • JENIS COOKIES, HAZEL NUT CAPPUCINO 400GR, LONDON CHOCRICE MOCCA 400GR, MOROCCO CHERRY CORNFLAKES 400GR, MOCCA ALMOND OAT 400GR, DUBLIN STRAWBERRY ALMOND 400GR, CHOCOLATE ORANGE MUSS 400GR.


KLIK DISINI

Produks HPA Dikenali Ramai




Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis. Pada sekitar bulan September 1987, HPA bermula secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekalkan warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga ke hari ini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. 

Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan. HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) pada sekitar tahun 1997 melalui anak syarikatnya iaitu Al Wahida Marketing Sdn Bhd dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya.

Lebih 300 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan & minuman, kosmetik, perkhidmatan umrah & haji, dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 2000 jenis produk lagi pada masa akan datang. Pada tahun 2010, HPA telah memiliki bangunan setinggi 13 tingkat bernilai RM54juta di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Bangunan ini diberi nama sebagai HPA International Centre (HPAic) yang menempatkan Ibupejabat HPA yang kedua selepas negeri Perlis. Ahli HPA di Malaysia kini seramai 700,000 orang manakala di Indonesia 400,00 Orang, Brunei 10,000 orang, Thailand 20,000 orang dan Kemboja 3,000 orang. 

HPA juga telah mewujudkan sebanyak 120 buah cawangan di Seluruh Malaysia dengan sebuah pasaraya berkonsepkan herba di Bangunan HPAic. Jualan tertinggi yang pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga mempunyai perniagaan lain seperti 11 buah rangkaian restoran makanan segera Radix Fried Chicken (RFC), El Zahraa Inn (Hotel), restoran Organik Recipe, Radix Pizza House (Indonesia) dan sebuah Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab – Manhal-HPA.

Selanjutnya disini


Balqis Agrotech Meneroka Pasaran Di Dalam Bidang Pertanian Moden Khususnya Pembuatan & Pemasaran Baja Organik



BALQIS AGROTECH SDN. BHD ditubuhkan pada 8 Mei 2007, mula menjalankan perniagaan di dalam bidang pertanian secara kecil- kecilan di sekitar kawasan Pekan Parit Raja sahaja. Setahun kemudian pada 26 Mei 2008, BALQIS AGROTECH telah didaftarkan dibawah SSM sbagai syarikat berstatus Enterprise dengan nama pendaftaran BALQIS AGROTECH dan dari situ bermulah operasi syarikat secara menyeluruh di Negeri Johor. 

Bermula awal 2009, Balqis Agrotech telah mula bergerak secara agresif untuk meneroka pasaran di dalam bidang pertanian moden khususnya di dalam bidang pembuatan dan pemasaran Baja Organik. Selain menyertai pameran – pameran pertanian di dalam dan luar Negeri Johor, Balqis Agrotech juga telah mendapat kepercayaan pihak Jabatan Pertanian Johor di dalam Program Bumi Hijau dengan mendapat tawaran membekalkan baja kompos bagi tujuan agihan kepada peserta program tersebut. 





Syarikat juga telah mendapat kepercayaan daripada daripada agensi – agensi kerajaan seperti FELCRA, KEJORA dan Pihak PBT untuk menganjurkan kursus – kursus pertanian dan pelestarian penggunaan Baja Organik dan Bakteria Baik ( EM ) secara berkesan. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan oleh syarikat tidak terhad hanya di sekitar Negeri Johor sahaja, malahan pihak syarikat telah merancang dan meninjau peluang – peluang yang ada bagi meneroka pasaran baja organik di pasaran antarabangsa. 





Bermula 2009 syarikat telah didaftarkan menjadi sebuah Syarikat SDN. BHD dengan nama yang sama iaitu BALQIS AGROTECH SDN. BHD. NO SSM : 877640-H. Bermula dari situ banyak perubahan yang telah dilakukan agar syarikat terus berdaya saing di dalam perniagaan Baja Organik dengan langkah awal diambil untuk membina kilang baru di kawasan Lot 173, Kg. Parit Haji Ali Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.Dengan keluasan kilang baru iaitu 8000psq pelbagai produk baru dan R&D telah di lakukan dan penjenamaan semula produk dengan menggunakan nama Bio Strong®.telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia ( MyIPO ).





Insya Allah bagi tahun 2013, syarikat telah merancang untuk mendapatkan status Bionexsus daripada Perbadanan Bioteknologi Malaysia ( BiotechCorp ) bagi memantapkan lagi jenama Bio Strong® di pasaran sedia ada.

7 Ogos 2015

Melawati Kebab Sdn Bhd Menerajui Industri Pemakanan Dengan Menghasilkan Produk-produk Bermutu


Melawati Kebab adalah sebuah jenama dalam bidang makanan yang telah mula bertapak kukuh didalam industri pemakanan bermula pada September 2000.Ianya bermula dengan nama asal syarikat Melawati Kebab Food & Services.

Demi untuk memajukan lagi perniagaan ini ketua Pengarah En.Shafie Salim telah mengambil langkah bijak dengan memperbadankan perniagaan ini kepada sebuah syarikat dengan nama Melawati Kebab Sdn Bhd pada 28Jun 2007. 

Melawati Kebab Sdn Bhd bergiat aktif dalam industri pemakanan yang mana bukan sahaja terlibat dalam aktiviti pemprosesan ayam dan daging bahkan turut membekal terus produk mereka kepada orang ramai dan peniaga-peniaga di pasar malam.

Melawati Kebab Sdn Bhd juga merupakan pembekal makanan untuk peniaga-peniaga pasar malam disamping ada mewujudkan sistem francise untuk peniaga-peniaga yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ini.











Syarikat ini juga sentiasa memastikan perkhidmatan dan produk-produk yang di hasilkan adalah yang terbaik dan bermutu serta memenuhi kehendak pelanggan.

Oleh yang demikian,Syarikat ini akan sentiasa menaiktaraf mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa demi memastikan setiap pelanggan menikmati mutu produk yang tinggi.

28 Julai 2015

Laksa Shack Serves a Variety of Local Delicacies, Specialty Coffee With a Wide Variety of Noodles




Sierra Circle Sdn. Bhd. was established in 1996 with the view of tapping into the country’s lucrative specialty food and beverage retail business at prestigious locations in the Klang Valley with a brand named Laksa Shack. Our outlet serves a variety of local delicacies, specialty coffee with a wide variety of noodles which became the company’s signature offering.






Sierra Circle Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahum 1996 bagi menembusi pasaran dan industri makanan khusus dengan membina premis di kawasan strategik sekitar Lembah Klang dengan jenama Laksa Shack. Kedai kami menghidangkan pelbagai hidangan tempatan, kopi dan juga pelbagai jenis mee yang kemudiannya menjadi hidangan terkenal kami.



27 Julai 2015

The Firm Handles audit & Other Consultancy Works Locally & Internationally



Jamal, Amin & Partners was established in 1996 by En. Jamaluddin Bin Shahidan and En. Aminuddin Bin Yahaya. 

 The Firm has grown up from a single office with 3 staffs initially to 7 branches with a total of 100 staffs with international network. The Firm handles audit and other consultancy works locally and internationally 

Currently En. Jamaluddin serve as Managing Partner, whereas En. Aminuddin serve as a Partner.

On top of that Jamal, Amin & Partners has competitive advantages over other bumiputra firms due to the followings : 

The high qualification, broad experience and advanced knowledge and skills of the partner-in-charge, who strive for quality 
The wealth of connections and information resources. 
The close relationships with clients 
The broad range of services combining consulting on business excellent and financial with Islamic Values

Produk Butik Iman Balqis Menjalankan Perniagaan Menjual Pakaian Wanita, Lelaki & Kanak-kanak Secara Borong


Butik Iman Balqis (BIB) ditubuhkan pada April 2010 dan dimiliki oleh Iman Balqis Sdn. Bhd. 

BIB menjalankan perniagaan menjual pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak secara borong dan runcit. 

BIB diasaskan pada permulaannya secara online dan kini telah memiliki pusat operasi, ruang pameran dan stok di premis kami di Shah Alam. Kami juga menawarkan harga yang berpatutan untuk semua pelanggan kami. 

Penghantaran terus kepada pelanggan kami dimana sahaja mereka berada. Perkhidmatan dan produk kami juga telah memasuki pasaran antarabangsa seperti France, Australia, New Zealand, Singapore dan lain-lain negara lagi. 







Kami juga memperkenalkan konsep ‘Dropship’ kepada mereka yang tidak memiliki modal tapi masih mahu berniaga. Kami juga menerima tempahan menjahit untuk pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak dan pakaian seragam. 

Produk Butik Iman Balqis Muslimah Dewasa – | Baju Kurung | Jubah | Telekung | Tudung | Kain Batik | Blaus | Muslimin Dewasa – | Baju Melayu | Baju Batik | Jubah | Kain Sampin | Kain Pelekat | Kanak-Kanak Perempuan – | Baju Kurung | Jubah | Telekung | Tudung | Kanak-Kanak Lelaki – | Baju Melayu |

23 Julai 2015

Pasaraya Halal Metamorf Menjual Produk Halal Keluaran Muslim



Pasaraya Halal Metamorf. Metamorf (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengendalikan perniagaan sebuah pasaraya halal. Pilihan rakyat 1 Malaysia. Menjual dan memasarkan produk Halal keluaran Muslim yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. 

Kami mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perniagaan barangan keperluan harian terutamanya produk-produk halal dan keluaran bumiputera.Metamorf (M) Sdn Bhd mula didaftarkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 12 November 1998. Syarikat ini diuruskan dua orang







22 Julai 2015

Produk Persona Herba Dijamin Bersih, Halal, Berkualiti & Tidak Mempunyai Kesan Sampingan



Pesona Herba Sdn Bhd telah diasaskan pada 1999 oleh Puan Hajjah Fatimah Sham Binti Abdullah. Beliau adalah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan khususnya kecantikan dan herba. 

Semua produk yang dihasilkan oleh Pesona telah dihasilkan mengikut formula beliau manakala penyelidikan dan pembangunan produk dibuat dengan kerjasama badan-badan kerjasama seperti SIRIM, MARDI, dan MPOB. Kesemua produk dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan asli dan herba. Produk kami dijamin bersih, halal, berkualiti dan tidak memounyai kesan sampingan.

11 Julai 2015

Direktori PPIM


http://ppim4u.blogspot.com/

PENGENALAN 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam kini. 

PPIM ditubuhkan bertujuan untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan strategik. Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang kepada mengembalikan maruah umat Islam yang semakin tercemar dan terabai. PPIM berusaha untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi secara umum sebagai satu cara untuk menjana ke arah perubahan yang positif dalam kehidupan umat Islam. 

Dengan menghasilkan sebuah website Direktori PPIM ini, dapat menjadi salah satu langkah baru bagi membantu umat islam. Tanpa ditindas dan ditipu oleh mana-mana pihak. Apakah itu Direktori PPIM ? Direktori PPIM ini pemasaran melalui internet inovatif dan pembekal perkhidmatan web yang komprehensif yang menerbit dan mempamerkan segala sumber maklumat peniagaan dari segi produk atau perkhidmatan yang terdiri daripada usahawan Islam sahaja. Khasnya bagi pengguna muslim di Malaysia. 

Direktori ini dapat menjadi petunjuk dan memudahkan kepada pengguna Islam yang selama ini mencari barang kehendak dan keperluan yang yakini benar lagi halal. Mengapa anda harus meyokong Direktori PPIM ? Anda harus menyokong Direktori PPIM ini kerana ia merupakan satu-satunya direktori yang menghubungkan terus kepada seluruh ummah dengan cara terus menyokong usahawan-usahawan Islam. Secara tidak langsung memperkukuhkan lagi ekonomi umat Islam dan juga isnya adalah satu jihad ekonomi bagi semua. 

Segala maklumat yang diperlukan, terdapat di Direktori PPIM secara terperinci. Sokongan sesama ummah amat diperlukan. Apakah matlamat & tujuan Direktori PPIM ? Bagi menjadi satu rujukan penting untuk pengguna Islam mendapatkan produk dan perkhidmatan daripada usahawan Islam serta saluran promosi produk dan perkhidmatan yang benar bagi usahawan Islam. Agar dapat membantu seluruh umat Islam meningkatkan ekonomi Islam.

Bagaimanakah anda boleh menyertai dalam jaringan Direktori PPIM kami ? 
Langkah pertama, anda haruslah bersetuju dengan terma & syarat yang telah ditetapkan. 
Seterusnya anda perlu mengisi setiap butiran yang diberikan dan terus dihantar ke Alamat Emel Kami.

Apakah manfaat kepada anda? 
Anda sebagai usahawan Islam anda dapat memperkenalkan dan mempromosikan jenama, produk dan perkhidmatan anda secara meluas. 
  1. Perniagaan anda tanpa sempadan Di Internet, anda meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan. Perniagaan anda boleh dikunjungi dan diketahui oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada di dunia ini. Anda meletakkan perniagaan anda bersaing dengan perniagaan-perniagaan hebat di Internet. Yang penting di adalah promosi. 
  2. Perniagaan Tanpa Had Masa Promosi di internet bermakna anda membuka kedai anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa kos tambahan. 
  3. Mewujudkan Jaringan Perniagaan Tanpa Had Di Direktori PPIM, jumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had. Anda boleh membentuk komuniti perniagaan anda sendiri tanpa ada sekatan bersama-sama dengan perniagaan yang besar dan hebat.
  4. Memberi Maklumat Perniagaan Dengan Lebih Baik Direktori PPIM tidak menetapkan had bagi promosi barangan dan perkhidmatan anda. Anda dapat memberikan maklumat tentang perniagaan dan produk anda dengan lebih baik kepada orang ramai. Anda dapat menerangkan seberapa banyak mungkin maklumat produk anda secara terperinci. Malah anda boleh menggunakan video untuk menerangkannya dengan lebih baik. 
  5. Meluaskan Pasaran Promosi perniagaan anda di Internet, ibarat anda membuka perniagaan anda kepada berjuta-juta manusia di dunia ini. Pasaran anda terlalu luas sehingga merentas masa dan sempadan. 


Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami? 
Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, anda boleh menghubungi kami di talian Hotline:   019-9130000 
Pejabat: 03-42577222.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...