Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis. Pada sekitar bulan September 1987, HPA bermula secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekalkan warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga ke hari ini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan.
Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) pada sekitar tahun 1997 melalui anak syarikatnya iaitu Al Wahida Marketing Sdn Bhd dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya.
Lebih 300 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan & minuman, kosmetik, perkhidmatan umrah & haji, dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 2000 jenis produk lagi pada masa akan datang.
Pada tahun 2010, HPA telah memiliki bangunan setinggi 13 tingkat bernilai RM54juta di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Bangunan ini diberi nama sebagai HPA International Centre (HPAic) yang menempatkan Ibupejabat HPA yang kedua selepas negeri Perlis. Ahli HPA di Malaysia kini seramai 700,000 orang manakala di Indonesia 400,00 Orang, Brunei 10,000 orang, Thailand 20,000 orang dan Kemboja 3,000 orang.
HPA juga telah mewujudkan sebanyak 120 buah cawangan di Seluruh Malaysia dengan sebuah pasaraya berkonsepkan herba di Bangunan HPAic.
Jualan tertinggi yang pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga mempunyai perniagaan lain seperti 11 buah rangkaian restoran makanan segera Radix Fried Chicken (RFC), El Zahraa Inn (Hotel), restoran Organik Recipe, Radix Pizza House (Indonesia) dan sebuah Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab – Manhal-HPA.
Selanjutnya disini
Selanjutnya disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan