Forum pengguna

20 Ogos 2015

Balqis Agrotech Meneroka Pasaran Di Dalam Bidang Pertanian Moden Khususnya Pembuatan & Pemasaran Baja Organik



BALQIS AGROTECH SDN. BHD ditubuhkan pada 8 Mei 2007, mula menjalankan perniagaan di dalam bidang pertanian secara kecil- kecilan di sekitar kawasan Pekan Parit Raja sahaja. Setahun kemudian pada 26 Mei 2008, BALQIS AGROTECH telah didaftarkan dibawah SSM sbagai syarikat berstatus Enterprise dengan nama pendaftaran BALQIS AGROTECH dan dari situ bermulah operasi syarikat secara menyeluruh di Negeri Johor. 

Bermula awal 2009, Balqis Agrotech telah mula bergerak secara agresif untuk meneroka pasaran di dalam bidang pertanian moden khususnya di dalam bidang pembuatan dan pemasaran Baja Organik. Selain menyertai pameran – pameran pertanian di dalam dan luar Negeri Johor, Balqis Agrotech juga telah mendapat kepercayaan pihak Jabatan Pertanian Johor di dalam Program Bumi Hijau dengan mendapat tawaran membekalkan baja kompos bagi tujuan agihan kepada peserta program tersebut. 





Syarikat juga telah mendapat kepercayaan daripada daripada agensi – agensi kerajaan seperti FELCRA, KEJORA dan Pihak PBT untuk menganjurkan kursus – kursus pertanian dan pelestarian penggunaan Baja Organik dan Bakteria Baik ( EM ) secara berkesan. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan oleh syarikat tidak terhad hanya di sekitar Negeri Johor sahaja, malahan pihak syarikat telah merancang dan meninjau peluang – peluang yang ada bagi meneroka pasaran baja organik di pasaran antarabangsa. 





Bermula 2009 syarikat telah didaftarkan menjadi sebuah Syarikat SDN. BHD dengan nama yang sama iaitu BALQIS AGROTECH SDN. BHD. NO SSM : 877640-H. Bermula dari situ banyak perubahan yang telah dilakukan agar syarikat terus berdaya saing di dalam perniagaan Baja Organik dengan langkah awal diambil untuk membina kilang baru di kawasan Lot 173, Kg. Parit Haji Ali Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.Dengan keluasan kilang baru iaitu 8000psq pelbagai produk baru dan R&D telah di lakukan dan penjenamaan semula produk dengan menggunakan nama Bio Strong®.telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia ( MyIPO ).





Insya Allah bagi tahun 2013, syarikat telah merancang untuk mendapatkan status Bionexsus daripada Perbadanan Bioteknologi Malaysia ( BiotechCorp ) bagi memantapkan lagi jenama Bio Strong® di pasaran sedia ada.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...