PENGENALAN
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam kini.
PPIM ditubuhkan bertujuan untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan strategik.
Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang kepada mengembalikan maruah umat Islam yang semakin tercemar dan terabai. PPIM berusaha untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi secara umum sebagai satu cara untuk menjana ke arah perubahan yang positif dalam kehidupan umat Islam.
Dengan menghasilkan sebuah website Direktori PPIM ini, dapat menjadi salah satu langkah baru bagi membantu umat islam. Tanpa ditindas dan ditipu oleh mana-mana pihak.
Apakah itu Direktori PPIM ?
Direktori PPIM ini pemasaran melalui internet inovatif dan pembekal perkhidmatan web yang komprehensif yang menerbit dan mempamerkan segala sumber maklumat peniagaan dari segi produk atau perkhidmatan yang terdiri daripada usahawan Islam sahaja. Khasnya bagi pengguna muslim di Malaysia.
Direktori ini dapat menjadi petunjuk dan memudahkan kepada pengguna Islam yang selama ini mencari barang kehendak dan keperluan yang yakini benar lagi halal.
Mengapa anda harus meyokong Direktori PPIM ?
Anda harus menyokong Direktori PPIM ini kerana ia merupakan satu-satunya direktori yang menghubungkan terus kepada seluruh ummah dengan cara terus menyokong usahawan-usahawan Islam. Secara tidak langsung memperkukuhkan lagi ekonomi umat Islam dan juga isnya adalah satu jihad ekonomi bagi semua.
Segala maklumat yang diperlukan, terdapat di Direktori PPIM secara terperinci. Sokongan sesama ummah amat diperlukan.
Apakah matlamat & tujuan Direktori PPIM ?
Bagi menjadi satu rujukan penting untuk pengguna Islam mendapatkan produk dan perkhidmatan daripada usahawan Islam serta saluran promosi produk dan perkhidmatan yang benar bagi usahawan Islam. Agar dapat membantu seluruh umat Islam meningkatkan ekonomi Islam.
Bagaimanakah anda boleh menyertai dalam jaringan Direktori PPIM kami ?
Langkah pertama, anda haruslah bersetuju dengan terma & syarat yang telah ditetapkan.
Seterusnya anda perlu mengisi setiap butiran yang diberikan dan terus dihantar ke
Alamat Emel Kami.
Apakah manfaat kepada anda?
Anda sebagai usahawan Islam anda dapat memperkenalkan dan mempromosikan jenama, produk dan perkhidmatan anda secara meluas.
- Perniagaan anda tanpa sempadan Di Internet, anda meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan. Perniagaan anda boleh dikunjungi dan diketahui oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada di dunia ini. Anda meletakkan perniagaan anda bersaing dengan perniagaan-perniagaan hebat di Internet. Yang penting di adalah promosi.
- Perniagaan Tanpa Had Masa Promosi di internet bermakna anda membuka kedai anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa kos tambahan.
- Mewujudkan Jaringan Perniagaan Tanpa Had Di Direktori PPIM, jumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had. Anda boleh membentuk komuniti perniagaan anda sendiri tanpa ada sekatan bersama-sama dengan perniagaan yang besar dan hebat.
- Memberi Maklumat Perniagaan Dengan Lebih Baik Direktori PPIM tidak menetapkan had bagi promosi barangan dan perkhidmatan anda. Anda dapat memberikan maklumat tentang perniagaan dan produk anda dengan lebih baik kepada orang ramai. Anda dapat menerangkan seberapa banyak mungkin maklumat produk anda secara terperinci. Malah anda boleh menggunakan video untuk menerangkannya dengan lebih baik.
- Meluaskan Pasaran Promosi perniagaan anda di Internet, ibarat anda membuka perniagaan anda kepada berjuta-juta manusia di dunia ini. Pasaran anda terlalu luas sehingga merentas masa dan sempadan.
Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?
Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, anda boleh menghubungi kami di talian
Hotline: 019-9130000
Pejabat: 03-42577222.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan